Skip to main content

KEPENTINGAN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA


Keperluan untuk menggabungkan animasi dalam pembangunan sesebuah program atau perisian multimedia bukan sahaja timbul daripada keinginan untuk menambahkan “uumph” dalam aplikasi tersebut, tetapi juga untuk menyediakan visual yang lebih dinamik kepada penonton. Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menggunakan animasi adalah berdasarkan kepada nilai estetik yang ada padanya dan juga kepentingan animasi yang kian meningkat pada masa kini.

Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan animasi. Klip video (capture) aksi pergerakan sebenar. Manakala animasi yang dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar. Fail video digital hanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi kelebihan kepada keseluruhan persembahan tersebut.Kini, animasi berkomputer berkembang dengan pesat dari masa ke semasa.Dengan harga komputer dan perisian yang semakin rendah serta keupayaan system computer yang semakin tinggi telah menjanjikan perkembangan teknologi animasi terus maju. Animasi menjadikan seseorang itu kreatif memandangkan perisiannya mesra pengguna, dan ruang cakera keras boleh ditambah untuk menampung sebarang kekurangan. Ini menjadikan penghasilan animasi lebih mudah dan hanya dibatasi oleh tahap kekreatifan seseorang.

Sekiranya di Barat, teknologi animasi berkomputer telah mula bertapak dengan penghasilan filem-filem animasi seperti Who Framed Roger Rabbit, Antz, dan Toy’s Story. Di Malaysia pula, teknologi animasi berkomputer mula mendapat perhatian dengan kemunculan beberapa kartun animasi tempatan, sepertu usop Santorian, Keluang Man, Anak-anak Sidek, Silat Lagenda, dan sebagainya. Walaupun kartun animasi tempatan ini terdapat banyak kelemahan, tetapi sedikit sebanyak usaha ini telah berjaya membawa sesuatu pembaharuan dalam industri perfileman Negara.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ANIMASI DUA DIMENSI (2D)

Animasi 2D lebih dikenali sebagai kartun. Kartun sendiri berasal dari kata Cartoon , yang bermaksud gambar yang lawak.  Sudut pandangan animasi 2D menggunakan koordinat x dan y. Contoh animasi 2D ialah Tom and Jerry, Doraemon, Spongebob Squarepants, dan banyak lagi.  

APLIKASI ANIMASI KOMPUTER

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai kegunaan animasi berkomputer dewasa ini, lebih-lebih lagi dalam era pembangunan industri multimedia. Anda mungkin menyangka bahawa penggunaan animasi berkomputer hanya tertumpu kepada penghasilan permainan komputer, siaran TV atau penggunaan bahan-bahan bercirikan multimedia. Sangkaan ini sebenarnya kurang tepat kerana penggunaan animasi berkomputer merangkumi sesuatu yang berunsurkan hiburan sehingga kepada sesuatu yang berunsurkan praktikal dan pendidikan. Antara bidang-bidang yang turut menyediakan ruang kepada penggunaan aplikasi animasi berkomputer termasuklah pengiklanan, arkeologi, seni bina, kesenian, sains kimia, pendidikan kejuruteraan, produksi filem dan video, simulasi penerbangan, forensik, perubatan, aplikasi-aplikasi animasi berkomputer dalam pelbagai bidang. PENDIDIKAN Proses pendidikan dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan menarik sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak for...