Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai kegunaan
animasi berkomputer dewasa ini, lebih-lebih lagi dalam era pembangunan industri
multimedia. Anda mungkin menyangka bahawa penggunaan animasi berkomputer hanya
tertumpu kepada penghasilan permainan komputer, siaran TV atau penggunaan
bahan-bahan bercirikan multimedia. Sangkaan ini sebenarnya kurang tepat kerana
penggunaan animasi berkomputer merangkumi sesuatu yang berunsurkan hiburan
sehingga kepada sesuatu yang berunsurkan praktikal dan pendidikan. Antara
bidang-bidang yang turut menyediakan ruang kepada penggunaan aplikasi animasi berkomputer
termasuklah pengiklanan, arkeologi, seni bina, kesenian, sains kimia,
pendidikan kejuruteraan, produksi filem dan video, simulasi penerbangan,
forensik, perubatan, aplikasi-aplikasi animasi berkomputer dalam pelbagai
bidang.
PENDIDIKAN
Proses pendidikan dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan dan menarik sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal
dan menggembirakan. Dengan perkembangan multimedia yang semakin hebat, animasi
turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang pendidikan. Ciri animasi
yang dinamik dan berwarna bukan sahaja menjadikan kandungan sesuatu pelajaran
itu lebih hidup dan ceria, malahan mampu merangsang kecenderungan minat pelajar.
Banyak perisian kursus yang terdapat dalam pasaran menggunakan teknik animasi,
contohnya perisian kursus yang dibina untuk projek Sekolah Bestari. Apa yang
menarik dalam perisian kursus ini ialah ciri interaktif perisian kursus
pendidikan yang disampaikan melalui multimedia. Pelajar-pelajar yang mengikuti
pendidikan melalui perisian ini bukan melakukannya secara pasif tetapi dapat
bertindak balas dengan aktif.
Rajah 2.2: Contoh paparan skrin Perisian Animated Math
|
PERUBATAN
Animasi juga memainkan peranan yang penting dalam bidang
perubatan, terutamanya dalam bidang pembedahan. Teknologi komputer yang semakin
canggih telah membolehkan setiap organ di dalam badan manusia dimodel dan
dianimasikan. Dengan wujudnya teknologi seperti ini, peratus pembedahan
yang berjaya pastinya akan meningkat, kerana pakar bedah boleh mempelajari dan
melakukan eksplorasi terhadap model organ yang hendak dibedah terlebih dahulu.
Ini akan menambahkan keyakinan pakar-pakar bedah, dan seterusnya menyumbang ke
arah kejayaan sesuatu pembedahan.
PENGIKLANAN
Pengiklanan terutamanya pengiklanan elektronik mendapat
banyak manfaat daripada animasi komputer. Bidang pengiklanan memerlukan media yang
dinamik dan menarik sepertimana animasi yang terdapat dalam bidang perfileman.
Ciri-ciri animasi yang tinggi dan berkualiti mampu mengaburi mata penonton sehingga
sukar untuk membezakan antara yang disiarkan di kaca TV, anda akan
mendapati semakin banyak iklan menggunakan teknik animasi yang menakjubkan. Tanpa penggunaan animasi, iklan-iklan ini tidak mungkin
dapat dilaksanakan, kerana beberapa pergerakan yang dipaparkan tidak dapat
dihasilkan. Misalnya, kapal
terbang yang berada di tengah-tengah Bandar untuk mengambil
pakej, seperti iklan FedEx dimungkinkan
menerusi animasi. Begitu juga dengan iklan minyak petrol yang memaparkan situasi sebuah kereta bertukar menjadi seekor
harimau.
BIDANG KIMIA
Animasi turut memberi sumbangan dalam bidang kimia. Ini
adalah kerana terdapat banyak bahan kimia seperti molekul dan atom yang sukar
dilihat oleh mata kasar manusia, apatah lagi untuk melakukan eksperimen atau ujikaji
ke atasnya. Di sinilah timbulnya kegunaan animasi berkomputer. Animasi berkomputer boleh digunakan untuk membantu ahli-ahli
kimia dalam eksperimen dengan membina model sesuatu molekul atau atom
yang lebih realistik dan dapat dilihat dari pelbagai sudut. Ini
semestinya akan memudahkan kerja-kerja yang sukar dilakukan oleh ahli-ahli kimia dalam
kehidupan sebenar.
SENI BINA
Teknologi animasi berkomputer membantu pakar-pakar seni bina
mencipta animasi yang berkonsepkan penerokaaan dalaman, di mana membolehkan
seseorang itu merasakan seakan-akan dia sedang meneroka dan bergerak di
dalam sesuatu bangunan. Dengan adanya teknik seperti ini, kita dapat
merasakan keadaan sebenar sesuatu bangunan sebelum ia dibina. Konsep ini juga membolehkan seseorang pakar seni bina
mengesan sebarang kecacatan awal di dalam model atau reka bentuk mereka pada
peringkat awal. Ini sudah semestinya akan menjimatkan kos dan tenaga.
Rajah : Animasi dan seni bina |
FILEM, HIBURAN DAN PERMAINAN
Animasi merupakan satu alternatif dalam industri perfileman. Jika pada mulanyaindustri perfileman memanfaatkan seni lakon oleh manusia dan haiwan yang hidup,maka animasi telah mengubah perhatian kepada penggemblengan lukisan untuk menyampaikan sesuatu kisah. Trainor dan Krasnewick (1994) mengatakan, artisgrafik boleh menggabungkan teknologi multimedia dengan hasil lukisan daripada perisian lukisan yang diperolehi secara percuma untuk membina filem yangdianimasikan, seperti filem kartun.Kini, animasi berkomputer telah menjadi sesuatu yang biasa dan semakin popular di dalam bidang hiburan. Tahukah anda bahawa filem Toy’s Story (1995)merupakan filem animasi pertama yang dihasilkan secara keseluruhannya padakomputer. Filem ini perupakan filem terbitan pertama bersama Disney dan Pixar.Filem-filem lain seperti Terminator 2, Matrix, Star Wars: Attack of the Clones, Stuart Little, Shrek telah membawa animasi komputer ke tahap yang baru dalam perfileman.
Rajah : Filem Toy’s Story |
Dalam bidang permainan pula, animasi berkomputer memang dapatdimanfaatkan dengan sepenuhnya seperti dalam bidang pendidikan. Cirri interaktif yang tinggi menjadikan perisian permainan sesuatu yang menghiburkan. Pemaindapat bertindak balas secara aktif semasa bermain. Selain daripada itu, terdapat juga permainan yang benar-benar mencabar, bukan sahaja dari segi gerak fizikal, malahan juga daya intelektual pemain.
Comments
Post a Comment