Skip to main content

Apa Itu Animasi

Definisi Animasi
  • Animasi berasal daripada perkataan Latin yang memberikan maksud‘dihidupkan’ atau bring to life.
  • Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses yang mana dapat menjadikan sesuatu objek atau benda itu kelihatan ‘hidup’ dan seakan‘bernyawa’. 
  • Mengikut kepada Computer Animation Dictionary, animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses membentuk ilusi perkataan di dalam sebuah filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar atau pun gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej. 
  • Animasi berasal dari dunia fotografi dan juga ilustrasi rekabentuk grafik atau komunikasi visual. 
  • Animasi juga merupakan gambar yang lahir daripada dua disiplin iaitu filem dan gambar.

Secara ringkasnya, animasi ialah pertunjukkan pantas urutan imej-imej statik 2-D atau 3-D untuk mewujudkan ilusi pergerakan. Animasi akan meninggalkan kesan ilusi optik pergerakan disebabkan oleh fenomena pengekalan penglihatan, dan boleh ditunjukkan dan dilakukan dalam beberapa cara. Kaedah yang paling kerap digunakan ialah membentangkan animasi sebagai program wayang gambar ataupun video.


Pergerakan animasi bola melompat di atas ialah gabungan daripada gambar-gambar di bawah.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA

Keperluan untuk menggabungkan animasi dalam pembangunan sesebuah program atau perisian multimedia bukan sahaja timbul daripada keinginan untuk menambahkan “uumph” dalam aplikasi tersebut, tetapi juga untuk menyediakan visual yang lebih dinamik kepada penonton. Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menggunakan animasi adalah berdasarkan kepada nilai estetik yang ada padanya dan juga kepentingan animasi yang kian meningkat pada masa kini. Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan animasi. Klip video ( capture) aksi pergerakan sebenar. Manakala animasi yang dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar. Fail video digital hanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi kelebihan kepada keseluruhan persembahan tersebut.Kini, animasi berkomputer berkembang dengan pesat dari masa ke semasa.Dengan harga k...

ANIMASI DUA DIMENSI (2D)

Animasi 2D lebih dikenali sebagai kartun. Kartun sendiri berasal dari kata Cartoon , yang bermaksud gambar yang lawak.  Sudut pandangan animasi 2D menggunakan koordinat x dan y. Contoh animasi 2D ialah Tom and Jerry, Doraemon, Spongebob Squarepants, dan banyak lagi.  

APLIKASI ANIMASI KOMPUTER

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai kegunaan animasi berkomputer dewasa ini, lebih-lebih lagi dalam era pembangunan industri multimedia. Anda mungkin menyangka bahawa penggunaan animasi berkomputer hanya tertumpu kepada penghasilan permainan komputer, siaran TV atau penggunaan bahan-bahan bercirikan multimedia. Sangkaan ini sebenarnya kurang tepat kerana penggunaan animasi berkomputer merangkumi sesuatu yang berunsurkan hiburan sehingga kepada sesuatu yang berunsurkan praktikal dan pendidikan. Antara bidang-bidang yang turut menyediakan ruang kepada penggunaan aplikasi animasi berkomputer termasuklah pengiklanan, arkeologi, seni bina, kesenian, sains kimia, pendidikan kejuruteraan, produksi filem dan video, simulasi penerbangan, forensik, perubatan, aplikasi-aplikasi animasi berkomputer dalam pelbagai bidang. PENDIDIKAN Proses pendidikan dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan menarik sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak for...