Skip to main content

KEPENTINGAN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA


Keperluan untuk menggabungkan animasi dalam pembangunan sesebuah program atau perisian multimedia bukan sahaja timbul daripada keinginan untuk menambahkan “uumph” dalam aplikasi tersebut, tetapi juga untuk menyediakan visual yang lebih dinamik kepada penonton. Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menggunakan animasi adalah berdasarkan kepada nilai estetik yang ada padanya dan juga kepentingan animasi yang kian meningkat pada masa kini.

Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan animasi. Klip video (capture) aksi pergerakan sebenar. Manakala animasi yang dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar. Fail video digital hanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi kelebihan kepada keseluruhan persembahan tersebut.Kini, animasi berkomputer berkembang dengan pesat dari masa ke semasa.Dengan harga komputer dan perisian yang semakin rendah serta keupayaan system computer yang semakin tinggi telah menjanjikan perkembangan teknologi animasi terus maju. Animasi menjadikan seseorang itu kreatif memandangkan perisiannya mesra pengguna, dan ruang cakera keras boleh ditambah untuk menampung sebarang kekurangan. Ini menjadikan penghasilan animasi lebih mudah dan hanya dibatasi oleh tahap kekreatifan seseorang.

Sekiranya di Barat, teknologi animasi berkomputer telah mula bertapak dengan penghasilan filem-filem animasi seperti Who Framed Roger Rabbit, Antz, dan Toy’s Story. Di Malaysia pula, teknologi animasi berkomputer mula mendapat perhatian dengan kemunculan beberapa kartun animasi tempatan, sepertu usop Santorian, Keluang Man, Anak-anak Sidek, Silat Lagenda, dan sebagainya. Walaupun kartun animasi tempatan ini terdapat banyak kelemahan, tetapi sedikit sebanyak usaha ini telah berjaya membawa sesuatu pembaharuan dalam industri perfileman Negara.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Proses pembuatan animasi

Ada dua proses pembuatan filem animasi, diantaranya adalah secara  konvensional  dan  digital . Proses secara konvensional sangat memerlukan dana yang cukup mahal, sedangkan proses pembuatan digital cukup mudah. Bagi proses editing, proses digital lebih cepat dibandingkan dengan proses konvensional.  Tom Cardon  seorang animator yang pernah menghasilkan animasi  Hercules  mengakui bahawa menggunakan komputer sangat mudah. "Perbaikan secara konvensional untuk 1 kali revisi memakan waktu 2 hari sedangkan secara digital hanya memakan waktu berkisar antara 30-45 minit." Dalam pengisian suara sebuah filem dapat dilakukan sebelum atau sesudah filmnya selesai. Kebanyakan  dubbing  dilakukan saat filem masih dalam proses, tetapi kadang-kadang seperti dalam animasi Jepang, dubbing dilakukan setelah filemnya selesai dibuat. Teknik konvensional Teknik  Celluloid  (kadang-kadang disebut  cell  saja) ini merupakan teknik m...

ANIMASI DUA DIMENSI (2D)

Animasi 2D lebih dikenali sebagai kartun. Kartun sendiri berasal dari kata Cartoon , yang bermaksud gambar yang lawak.  Sudut pandangan animasi 2D menggunakan koordinat x dan y. Contoh animasi 2D ialah Tom and Jerry, Doraemon, Spongebob Squarepants, dan banyak lagi.