Definisi Animasi Animasi berasal daripada perkataan Latin yang memberikan maksud‘dihidupkan’ atau bring to life. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses yang mana dapat menjadikan sesuatu objek atau benda itu kelihatan ‘hidup’ dan seakan‘bernyawa’. Mengikut kepada Computer Animation Dictionary , animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses membentuk ilusi perkataan di dalam sebuah filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar atau pun gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej. Animasi berasal dari dunia fotografi dan juga ilustrasi rekabentuk grafik atau komunikasi visual. Animasi juga merupakan gambar yang lahir daripada dua disiplin iaitu filem dan gambar. Secara ringkasnya, animasi ialah pertunjukkan pantas urutan imej-imej statik 2-D atau 3-D untuk mewujudkan ilusi pergerakan. Animasi akan meninggalkan kesan ilusi optik pergerakan disebabkan oleh fenomena pengekalan pengl...